Jawatan Kosong di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan - 26 Julai 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

Jawatan:

1.  PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (COS) S29
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.

2. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (CFS) S29
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.

3. PEMBANTU PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (MySTEP) S19
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan cawangan Labuan.

Permohonan:

Pemohon perlulah mengisi Borang Permohonan Jawatan MSWP secara atas talian. Pemohon yang berkelayakan perlu melengkapkan maklumat yang diperlukan secara atas talian serta mengemukakan sekeping gambar bersaiz ukuran passport, salinan sijil-sijil yang telah disahkan dalam harcopy dan dimasukkan di dalam sampul surat. Sampul surat berkenaan perlulah ditulis nama dan jawatan yang dipohon di sebelah kanan(atas) surat. Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke alamat seperti di bawah :

PENGARAH
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Presint 2,
62100 Putrajaya


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Julai 2023 (Rabu)

Latar Belakang

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971 (Akta 29) yang pada awalnya dikenali sebagai Majlis Sukan Kuala Lumpur. MSWP telah diperbadankan sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan berkuat kuasa pada 1 April 2012 selaras dengan Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan) 2006. MSWP bertindak sebagai badan induk yang menyelaras pembangunan sukan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Post a Comment

0 Comments