Pemberian BAP 2024 : Bantuan awal persekolahan berjumlah RM150 akan mula disalurkan pada bulan ini kepada setiap murid. Untuk sedia maklum, inisiatif istimewa BAP ini merupakan salah satu bantuan dalam Belanjawan.
Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar, akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid seluruh negara.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya, berkata BAP akan disalurkan bermula Januari 2024 menerusi sekolah masing-masing sebelum diagihkan secara tunai atau kredit ke dalam akaun setiap murid."Kementerian mengambil perhatian kebimbangan sesetengah pihak mengenai ketiadaan BAP dalam Pengumuman Belanjawan 2024 seperti dilaporkan media.
"Belanjawan 2024 memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk tujuan BAP. Setiap murid dibayar RM150 secara one-off (sekali bayar) bermula Januari 2024 menerusi sekolah secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.
Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ?
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.
Kadar Bantuan
Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
a) Murid warganegara Malaysia:
b) Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/204; dan
c) Murid bersekolah di :
i. Sekolah Kerajaan (SK)
ii. Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
iii. Sekolah Agama
iv. Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
v. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
vi. Sekolah Integriti
v. Sekolah Henry Gurney
Kaedah Penyaluran Bayaran
1)Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
2)Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
- Tunai; atau
- Disalurkan terus ke akaun bank murid
Tarikh Penyaluran BAP 2024
Mulai Januari 2024
Maklumat Lanjut
Borang Bantuan Awal Persekolahan
Pihak sekolah akan menetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan kelayakan.
Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).
Selain itu, terdapat sekolah yang akan mengedarkan borang berikut:
BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (BORANG PB1) KLIK SINI
BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (BORANG PB2) KLIK SINI
Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlulah mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem atau borang tersebut.
NOTA:
Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.
Ibu bapa/ penjaga boleh memuat turun dan mencetak borang PB 1 & 2 atau dapatkan di pejabat sekolah.
Borang PB1 : ( Borang permohonan)
Borang PB2 : ( Pengesahan Pendapatan)
0 Comments